suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Didakwa Miliki Bahan Berkaitan Pengganas

TEMERLOH: Seorang lelaki pada Rabu didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh atas pertuduhan memiliki bahan yang mempunyai kaitan dengan pengganas.

Tertuduh Muhammad Hanif Ismail, 31, yang bekerja sendiri, ditahan pada pukul 1.20 pagi 24 Mac lalu, berhampiran sebuah pasar raya di Kuala Lumpur kerana memiliki bahan berkaitan kegiatan itu.

Suspek yang tidak diwakili peguam dan masih bujang, didakwa mengikut Seksyen 130 JB (1) (a) yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiyatul Adawiyah.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Muhammad Hanif yang memakai t-shirt berwarna biru dan seluar berwarna hitam.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes sebelum ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
bahan pengganas, Hanif Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Lain