suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengubahan Wang Haram, SPRM Tahan Empat Individu Termasuk Bekas Setiausaha KBS

PETALING JAYA: Empat individu termasuk bekas Setiausaha Bahagian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  kerana dipercayai terlibat dengan  pengubahan wang haram bernilai lebih RM17 juta pada Rabu.

Bekas Pegawai KBS itu juga sebelum ini pernah didakwa berkaitan kes salah guna kedudukan dan membuat tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta.

Menurut sumber, tiga individu lain yang ditahan ialah sepasang suami isteri dan seorang lelaki. 

Mereka merupakan kontraktor dan pemilik syarikat.

Kesemua mereka yang berusia antara 35 dan 57 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira pukul 3.30 petang ke 6.30 petang Rabu.

Suspek dijangka akan didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Khamis.

Pengubahan Wang Haram, SPRM

Artikel Lain