Tun M, Khairuddin & Anina Mohon Mahkamah Beku Aset Najib - Semasa | mStar

Tun M, Khairuddin & Anina Mohon Mahkamah Beku Aset Najib

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dua pihak lain mengemukakan permohonan supaya Mahkamah Tinggi membekukan semua aset Perdana Menteri termasuk akaun bank dan pemilikan saham.

Dua yang lain adalah bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Ketua Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin.

Mereka mahu mahkamah menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak daripada memindahkan atau mengurangkan aset termasuk tanah, wang tunai atau pemilikan saham sama ada atas nama beliau atau milikan bersama yang didakwa bernilai RM2.6 bilion.

Ketiga-tiga individu terlibat juga mahu mahkamah mengarahkan Najib untuk menyatakan dengan terperinci semua asetnya dalam bentuk afidavit bersumpah yang difailkan ke mahkamah.

Kertas permohonan ini difailkan ke Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada kira-kira pukul 10.40 pagi, Selasa.

Peguam mereka, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengesahkan permohonan itu telah difailkan.

Menerusi permohonan itu, ketiga-tiga mereka mendakwa Najib menyalahgunakan pejabat awam dan tidak melaksanakan tugas hakiki sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional serta Presiden Umno.

Mereka juga mahu Mahkamah Tinggi memerintahkan Perdana Menteri supaya membayar RM2.6 bilion kepada kerajaan sebagai ganti rugi dan tambahan RM42 juta kerana ganti rugi tambahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain