Laporan Wall Street Journal Ke Atas PM Adalah Palsu -PMO - Semasa | mStar

Laporan Wall Street Journal Ke Atas PM Adalah Palsu -PMO

Najib Tun razak

KUALA LUMPUR: Dakwaan The Wall Street Journal yang melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah palsu.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad berkata Najib secara konsisten menyatakan dana itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

"Selepas siasatan menyeluruh, ini telah disahkan oleh pelbagai pihak berkuasa.

Terbaru, Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan ia adalah sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan, dan negara itu sudah menganggap isu berkenaan selesai.

"Ini adalah pembohongan yang gagal digunakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggugat kerajaan yang dipilih secara demokrasi,"katanya dalam kenyataan di sini Selasa malam.

Tengku Sharifuddin berkata Dr Mahathir mahu menyelamatkan karier politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengatasi kepentingan nasional. - Bernama

Wall Street Journal , PMO , PM , Palsu , IMDB

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain