suria

Lagi MP DAP Dihalang Masuk Sarawak

KUCHING: Ahli Parlimen Berus daripada DAP, Ngeh Koo Ham adalah ahli politik terbaharu yang dihalang daripada memasuki Sarawak.

Ngeh diberi notis tidak dibenarkan masuk sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada kira-kira pukul 9 pagi Selasa.

Beliau berada di atas pesawat yang sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Bagaimanapun hanya Ngeh dihalang daripada masuk.

Menerusi akaun Twitter, Ngeh berkata beliau dipanggil ketika melalui kaunter imigresen.

"Mereka dibenarkan masuk tetapi saya tidak," katanya.

Pemimpin DAP lain yang dihalang daripada memasuki negeri itu ialah Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan pereka maskot "Ubah " DAP, Ooi Leng Hang.

Senarai penuh individu diharamkan masuk ke Sarawak bagaimanapun tidak pernah diterbitkan.

Sarawak mempunyai autonomi dalam hal-hal imigresen.

Ngeh Koo Ham, DAP

Artikel Sebelum

Artikel Lain