suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Diharap Mansuh sepenuhnya Ruangan Kaum

PETALING JAYA: Langkah Kerajaan Pusat untuk menggugurkan penggunaan istilah 'lain-lain kaum' bagi merujuk kaum Bumiputera Sarawak dalam semua borang rasmi adalah "langkah ke arah yang betul," kata bekas Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kewujudan ruangan lain-lain kaum dalam borang rasmi tidak selari dengan kepentingan perpaduan dan integrasi nasional.

"NUCC sebelum ini telah membincangkan mengenainya dan telah membuat cadangan ini kerana ia adalah sangat memecah-belah dan bukan untuk kepentingan perpaduan," katanya ketika dihubungi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu lalu mengumumkan bahawa pemansuhan ruangan 'lain-lain kaum' daripada semua dokumen dan borang rasmi kerajaan akan berkuat kuasa serta-merta.

Selain itu Lee juga mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan sepenuhnya ruangan kaum ke arah mempromosikan perpaduan negara.

"Saya berharap akhirnya kita semua akan menjadi satu bangsa - Bangsa Malaysia. Jadi tidak ada keperluan untuk pengenalan kaum dalam borang rasmi kerajaan.

"Sudah tentu saya faham bahawa cadangan ini perlu diteliti dan dikaji," katanya.

Lee Lam Thye

Artikel Sebelum

Artikel Lain