suria

PRN Sarawak: Jangkaan Pertembungan Pelbagai Penjuru

PETALING JAYA: Berbaki seminggu sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, parti-parti politik daripada kedua-dua belah pihak masih belum mengatasi rasa tidak puas hati berhubung isu tuntutan kerusi bertindih.

Dengan peningkatan hampir dua kali ganda bilangan parti-parti politik di negeri ini - daripada sembilan ketika pilihan raya lalu kepada 17, pilihan raya Sarawak pada 7 Mei akan datang dijangka hangat dengan kemungkinan berlakunya pertembungan pelbagai penjuru.

"Pilihan raya ini akan lebih meriah kerana ada kemungkinan akan menjadi pertembungan pelbagai penjuru," kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Neilson Ilan Mersat dari Universiti Malaysia Sarawak.

Barisan Nasional (BN) masih dilihat berada di landasan untuk mengekalkan penguasaan di Sarawak dengan majoriti yang kukuh daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Kedudukan parti itu juga dilihat kepada populariti Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Tetapi kegagalan untuk menyelesaikan rasa tidak puas hati berhubung pembahagian kerusi boleh membawa kepada kemenangan dengan majoriti tipis, kata Nielson.

Pertembungan pelbagai penjuru bukan perkara baharu di Sarawak tetapi angkanya dilihat meningkat hampir tiga kali ganda dalam dua pilihan raya lalu.

Terdapat 44 kerusia berlakunya pertandingan pelbagai penjuru pada pilihan raya 2011 berbanding 15 pada 2006.

Bagi pembangkang, PKR dan DAP dilihat gagal menyelesaikan isu tuntutan kerusi bertindih.

Sekutu Pakatan Harapan itu dijangka menghadapi pertembungan antara satu sama lain di sekurang-kurangnya dua atau tiga kerusi jika tiada pihak yang mengalah.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata terdapat pertempuran di kira-kira lima kerusi - Mambong, Simanggang, Ngemah, Murum dan Mulu.

Ia berdasarkan kepada 29 senarai yang diumumkan DAP Sabtu lalu.

Beliau mendakwa, menerusi perbincangan awal kedua-daua pihak bersetuju kerusi bertindih itu akan diberikan kepada PKR.

Tegasnya, PKR tidak bersedia untuk melepaskan Mambong, Simanggang dan Mulu.

"Calon-calon kami telah bekerja keras di sana sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kami bersedia untuk pertandingan tiga penjuru di dua atau tiga kerusi jika kita tidak dapat mencapai penyelesaian, "katanya.

Bagaimanapun, katanya, masih ada ruang untuk rundingan dan berharap perkara itu dapat diselesaikan sebelum hari penamaan calon.

PKR akan meletakkan calon di 40 kawasan.

Di kerusi majoriti Melayu dan Melanau Islam, parti serpihan PAS iaitu Amanah ditetapkan untuk bertanding di 13 kerusi walaupun mereka belum menamakan calon.

Pemerhati politik menjangkakan parti itu untuk bertembung dengan PAS sehingga empat kerusi.

PAS, yang bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, akan meletakkan 11 calon.

PRN Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain