suria

DAP Cabar Sekat Bukan Rakyat Sarawak Mengundi

Chong Chieng Jen

KUCHING: DAP menggesa Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem untuk mengotakan kata-katanya dan menuntut semula autonomi negeri dengan terlebih dahulu tidak membenarkan anggota tentera dan polis dari semenanjung mengundi dalam pilihan raya negeri.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata langkah berkenaan akan menjadi yang pertama bagi mengembalikan autonomi Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan.

"Beliau (Adenan) banyak bercakap tentang untuk mengambil semula autonomi negeri. Jadi saya menggesa beliau dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menyekat anggota tentera dan polis dari semenanjung serta keluarga mereka daripada mengundi di Sarawak.

"Mereka tidak sepatutnya mengundi di sini. Di kawasan saya Kota Sentosa sahaja, pengundi tentera telah meningkat seramai 400 kepada 3,300 orang.

"Daripada jumlah itu, 80 peratus adalah rakyat Malaysia dari semenanjung," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Tambahnya, bagi kawasan seperti Stakan, terdapat lebih daripada 47 peratus pengundi semenanjung.

PRN Sarawak, DAP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain