suria

PSM Yakin Mampu Isi Vakum Politik Semasa

S. Arutchelvan
KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) yakin mampu mengisi vakum politik semasa kerana rakyat telah tiada pilihan, kata setiausaha agung parti S. Arumugam.

"Apa yang kita lihat ialah kewujudan vakum dalam politik negara kita di mana kita memerlukan satu kuasa alternatif," katanya.

Arumugam berkata keadaan politik semasa terdiri daripada mereka yang berkuasa cuba untuk mengekalkan kuasa mereka dengan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan pihak pembangkang yang seolah-olah telah kehabisan idea untuk menggulingkan parti pemerintah.

"Mereka telah ketandusan idea dan mereka bersekutu dengan semua bekas diktator," katanya merujuk kepada kerjasama Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang serta pemimpin masyarakat sivil dalam kempen Deklarasi Rakyat.

"Ini adalah situasi yang sangat lucu dan menyedihkan," katanya dalam satu majlis PSM.


Arumugam berkata, rakyat sudah muak dengan keadaan hal ehwal semasa tetapi telah 'kehabisan pilihan'.

"Dan apabila ini berlaku, apabila kita melihat bahawa kerajaan dan pembangkang adalah sama, mereka (rakyat) akan berundur. Mereka akan berundur daripada politik dan ini sangat berbahaya," katanya.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM  S. Arutchelvan berkata hanya melalui PSM  suara-suara akar umbi didengari.

Beliau mengkritik Deklarasi Rakyat yang menggesa penyingkiran perdana menteri.


"Dr Mahathir dan beberapa pemimpin politik duduk bersama membuat Deklarasi Rakyat dan kemudian berkata ini adalah cara untuk bergerak ke hadapan.

"Ini adalah sesuatu yang salah. Suara-suara akar umbi tidak didengari. Politik negara ini telah dimonopoli oleh mereka yang mempunyai kuasa," kata Arutchelvan.
politik semasa, PSM, S.Arumugam

Artikel Lain