suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRN Sarawak: PKR, DAP Mungkin 'Lawan Sesama Sendiri' Di Lima Kerusi

Baru Bian
KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kelihatan bersedia untuk berdepan satu sama lain dalam sekurang-kurangnya dua atau tiga kerusi jika mereka tetap tidak mahu berkompromi dalam pembahagian kerusi sebelum penamaan calon 25 April ini.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata, terdapat percanggahan terhadap kira-kira lima kerusi berdasarkan senarai 29 kawasan pilihan raya DAP  yang telah diumumkan pada Sabtu.


Kerusi yang bertindih itu adalah Mambong, Simanggang, Ngemah, Murum dan Mulu.

Baru berkata, PKR tidak bersedia untuk melepaskan Mambong, Simanggang dan Mulu kerana parti itu percaya calonnya mempunyai peluang yang baik untuk menang.

"Calon-calon kami telah bekerja keras turun padang untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Kami bersedia untuk pertandingan tiga penjuru di dua atau tiga kerusi jika kita tidak dapat mencapai penyelesaian," katanya kepada The Star pada Ahad.

Bagaimanapun, katanya, masih ada ruang untuk rundingan dan berharap perkara itu dapat diselesaikan sebelum hari penamaan calon.

Oleh itu, beliau berkata, PKR akan mengumumkan calonnya selewat-lewatnya minggu ini, mungkin pada hari Sabtu, ketika presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan berada di Kuching.

Baru berkata pembahagian kerusi yang dibincangkan di peringkat nasional tidak selari dengan apa yang diputuskan di peringkat negeri.

PRN Sarawak, Baru Bian, PKR Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Lain