suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Cedera Dihempap Pokok Durian

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera di kepala selepas bumbung rumahnya di Kampung Bakar Sampah, Sik dihempap pokok durian berusia 100 tahun Sabtu malam.

Ibunya Norhamidah Ismail, 33, berkata dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, anaknya Muhammad Ammar Ashraf Mohamad Zamri sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama adiknya Mohamad Haziq Hibatullah, 9, manakala beliau berada di dapur.

"Petang itu hujan turun dengan lebat dan angin kuat. Tetapi semasa kejadian  hujan dan angin telah berhenti. Saya sedang memasak apabila saya terdengar bunyi dentuman kuat di tengah rumah.

"Saya terkejut dan terus mencari anak-anak saya dalam gelap kerana bekalan elektrik sudah terputus. Saya terus membawa mereka keluar daripada rumah tanpa mengetahui Muhammad Ammar Ashraf telah cedera," katanya di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, Ahad.

Beliau berkata jirannya yang turut membantu tersedar bahawa kepala anaknya  berdarah dan menolong membawa anaknya ke Hospital Sik.

"Doktor di Hospital Sik kemudiannya mengarahkan anak saya dibawa ke hospital di Alor Setar kerana mendapati tempurung kepala dan hidung anak saya retak. Dia  menerima beberapa jahitan di kepala dan kini sudah sedar dan boleh bercakap," katanya.

Pengarah Briged Sukarelawan 1Malaysia Daerah Sik, Mahadzir Abdul Hamid berkata anggota sukarelawan briged tersebut telah memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain