suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Harap Dr Zakir Sampaikan Mesej Kesederhanaan Malaysia

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik, dapat menyampai mesej ke seluruh dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan. 

Dalam catatan terbarunya dalam Facebooknya, perdana menteri berkata, Malaysia juga sentiasa berusaha untuk menggalakkan kesatuan ummah untuk keteguhan bersama.

Najib juga berkata, beliau pada pagi Sabtu telah menjemput kepada Dr Zakir untuk bersarapan pagi di kediamannya.

Dr Zakir, 50, berada di negara ini untuk mengadakan siri syarahan agama dan selepas jelajah Terengganu berakhir Jumaat, beliau akan mengadakan syarahan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, Sabtu malam. - Bernama

Dr Zakir Naik

Artikel Lain