suria

Najib Doakan MB Kelantan Diberi Kesihatan Baik

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob diberikan kesihatan baik setelah selamat menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kiri kepalanya pada Khamis.

"Alhamdulillah, saya dimaklumkan MB (Menteri Besar) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob telah selamat jalani pembedahan. Moga diberikan sebaik kesihatan oleh Allah SWT," kata perdana menteri dalam Twitter.

Ahmad selamat menjalani pembedahan itu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kota Baharu, pada Khamis.

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Mohd Asri Mat Daud, Ahmad menyedari mengenai masalah kesihatannya itu beberapa hari lepas, dan  kini berehat di bawah pemantauan doktor pakar.

Ahmad dimasukkan ke HUSM pagi Rabu.

Najib Tun Razak, Ahmad Yakob

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain