Empat Rakyat Malaysia Diculik Masih Hidup - Khalid - Semasa | mStar

Empat Rakyat Malaysia Diculik Masih Hidup - Khalid

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata di perairan Pulau Ligitan, Semporna, Sabah, 1 April lalu masih hidup.

Katanya, ketika ini pihaknya masih meneruskan rundingan dengan pihak berkuasa Filipina dalam usaha membebaskan semua mangsa tersebut.

"Demi keselamatan mereka, saya tidak mahu ulas (lanjut), tapi kita ikuti perkembangannya dan akan meneruskan rundingan dan mengambil langkah-langkah yang perlu demi keselamatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan 2016 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Khamis.

Ditanya sama ada pihak penculik ada membuat tuntutan wang tebusan, Khalid bagaimanapun enggan mengulas mengenainya kerana bimbang akan menjejaskan keselamatan mangsa culik terbabit.

Empat mangsa rakyat Malaysia yang diculik itu adalah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Mereka antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.

Khalid turut berkata bahawa pihaknya mempunyai maklumat risikan tentang mengapa empat rakyat Malaysia itu menjadi sasaran penculik, namun beliau enggan mendedahkannya secara terperinci bagi menjaga keselamatan mereka.

Khalid Abu Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain