suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRN Sarawak: Penamaan Calon Mungkin 25 April

KUCHING: Kenyataan secara tidak sengaja Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem seolah-olah memberi gambaran bahawa hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan diadakan pada 25 April ini.

Ketika menyebut tarikh berkenaan, Adenan menjelaskan kepada pemberita bahawa beliau perlu memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional (BN) sebelum tarikh berkenaan.

"Saya perlukan berikan mereka masa untuk menyediakan kertas pencalonan dan sebagainya, bukankah begitu? Saya tidak boleh mengumumkan nama mereka pada 25 April - hari penamaan calon," katanya selepas mengumumkan lima calon langsung BN di Wisma Bapa Malaysia pada Rabu.

Ketika ditanya sama ada 25 April adalah hari penamaan calon, Adenan berkata beliau hanya bercakap mengenai senarai calon.

"Jika anda mahu tahu mengenai hari penamaan calon, anda perlu tanya Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya tidak tahu bila. Mereka tidak diwajibkan untuk memberitahu saya tetapi mereka bertanggungjawab untuk memberitahu orang ramai," katanya.

SPR akan mengadakan mesyuarat pada Khamis untuk menentukan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan pengundian.

Adenan Satem, PRN Sarawak

Artikel Lain