suria

Budak Lelaki Dua Tahun Lemas Dalam Baldi

MUAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh dalam baldi yang dipenuhi air di bilik air rumah keluarganya di Bukit Pasir, dekat sini, awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, Muhammad Umair Zaheen Md Zamri, ditemui bapanya dalam keadaan badan dan kepalanya berada dalam baldi dipenuhi air.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Superitendan Muhammad Hanif Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6 pagi dan sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, kanak-kanak itu sudah meninggal dunia dan ia disahkan pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat, katanya.

Beliau berkata, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.-- Bernama 


Artikel Lain