PRN Sarawak: PAS Sedia Lawan PKR, DAP - Semasa | mStar

PRN Sarawak: PAS Sedia Lawan PKR, DAP

PETALING JAYA: PAS sedia berhadapan pertembungan dengan parti komponen pakatan pembangkang di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang.

Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, sehingga kini parti itu menjangkakan bakal berlaku perebutan di sekurang-kurangnya lima kerusi membabitkan Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

"PAS sedar akan kemungkinan bakal berlaku pertembungan antara Pakatan Harapan khususnya di kerusi yang ditandingi PKR pada pilihan raya yang lalu seperti Kakus, Jepak dan Lambir.

"Namun berdasarkan maklum balas akar umbi yang cukup positif, PAS terpaksa bertanding di kerusi-kerusi berkenaan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Selain itu menurut Muhtar, walaupun PAS dan PKR sudah melakukan perbincangan berhubung isu pembahagian kerusi sempena PRN Sarawak, namun ia menemui kegagalan.

"Sebelum PAS umumkan calon, kita ada bincang dengan PKR tapi ia gagal. Jadi kita terpaksa teruskan untuk bertanding walaupun bakal berlaku pertembungan. Namun kita tak bincang dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

"Kita jangkakan DAP akan meletakkan calon di kerusi Pujut yang majoritinya adalah pengundi Cina dan di kerusi baharu iaitu Samalaju," katanya.

Ditanya sama ada PAS akan berkompromi dengan PKR, DAP dan Amanah pada saat-saat akhir bagi mengelak berlakunya pertindihan kerusi antara parti pembangkang, Muhtar bagaimanapun enggan membuat sebarang jangkaan awal.

"Tidak (kompromi). Tapi masih terlalu awal nak ulas. Anda perlu tunggu sehingga hari penamaan calon. Tarikh pilihan raya pun belum tahu lagi.

"Buat masa ini kami tetap akan bertanding di 11 kerusi berkenaan seperti yang diumumkan," katanya.

Pada 6 April lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 11 kerusi iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Pada PRN Sarawak 2011, PAS bertanding di lima kawasan namun gagal memenangi sebarang kerusi.

PAS , Muhtar Suhaili , PRN Sarawak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.