suria

Ceramah Dr Zakir Diteruskan Dengan Tajuk Baharu - Shahidan

Shahidan Kassim.

KUALA LUMPUR: Ceramah pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik di Melaka yang sebelum ini tidak dibenarkan akan diteruskan dengan tajuk berbeza, kata Datuk Seri Shahidan Kassim pada Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tajuk forum itu kini ditukar kepada 'Hak Wanita Dalam Islam'.

Shahidan memberitahu pemberita keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata susulan mesyuarat itu, ia mencadangkan agar penganjur program tersebut menukar tajuk forum berkenaan.

Jelas Shahidan, forum Dr Zakir yang dijadual diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil pada Sabtu ini dengan tajuk 'Is The Quran God's Word" akan diteruskan seperti dirancang.

Namun, beliau memberi amaran bahawa forum itu harus diadakan dalam keadaan terkawal dan tidak memasukkan unsur sensitif.

Shahidan berkata ahli politik juga tidak harus mempolitik perkara itu kerana Dr Zakir adalah individu 'istimewa' dan penganut agama lain tidak mempunyai masalah dengan ceramah beliau.

Pada Isnin, polis tidak membenarkan Dr Zakir memberi ceramah di Melaka.

Namun Ahmad Zahid pada Selasa berkata ceramah perdana oleh Dr Zakir di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka boleh diteruskan dengan syarat perlu menukar tajuk syarahan 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam' kepada tajuk lain yang lebih sesuai.



 

ceramah perdana, Dr Zakir Naik, UTEM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain