suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

700 Maut Ketika Pergi, Pulang Kerja Setiap Tahun

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Hampir 700 pekerja maut akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke atau dari tempat kerja setiap tahun di negara ini, dengan 75 peratus kes berlaku pada sebelah pagi ketika pergi bekerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata kebanyakan mereka terbabit dalam kemalangan ketika sudah hampir di tempat kerja.

"Kebanyakannya berlaku dalam lingkungan lima kilometer...semakin hampir ke tempat kerja, semakin banyak kemalangan berlaku.

"Kawasan yang sering berlaku kemalangan adalah seperti Lembah Klang dan beberapa bandar utama seperti Johor Baharu dan George Town," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan kempen "Perjalanan Selamat ke Tempat Kerja" peringkat kebangsaan anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini Selasa.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Adenan Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Naib Presiden Eksekutif Telekom Malaysia Berhad Datuk Kairul Annuar Mohammed Zamzam.

Ismail berkata lebih 40 peratus kemalangan jalan raya itu melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 29 tahun.

Beliau juga berkata hanya 76 peratus sahaja penunggang dan pembonceng motosikal didapati memakai topi keledar di negara ini. - BERNAMA

maut, kemalangan

Artikel Lain