Dr Zakir Keluarkan Kos Sendiri Untuk Berdakwah - MB Terengganu - Semasa | mStar

Dr Zakir Keluarkan Kos Sendiri Untuk Berdakwah - MB Terengganu

KUALA NERUS: Kerajaan Negeri Terengganu tidak mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membawa tokoh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau menjelaskan hanya penginapan dan makan tokoh ilmuan Islam itu dibiayai kerajaan negeri manakala perbelanjaan lain dibiayai sendiri oleh Dr Zakir menerusi Islamic Research Foundation.

"Kerajaan negeri hanya menyediakan (menanggung) penginapan dan makan minum sepanjang beliau berada di sini," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi, ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri mengeluarkan kos yang banyak bagi membawa Dr Zakir ke negeri ini.

Ahmad Razif berkata Dr Zakir sememangnya pejuang agama yang wajar dicontohi malah rakyat Terengganu bertuah kerana pendakwah terkenal itu bersetuju hadir untuk menyampaikan ceramah.

Undangan kepada Dr Zakir, 50, dibuat pada tahun lepas apabila Ahmad Razif bertemu tokoh ilmuan Islam itu di Korea Selatan semasa melakukan lawatan kerja.

Terdahulu, dalam ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam" selama dua jam di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, Dr Zakir menekankan akan pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam.

Katanya umat Islam perlu mengelak perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merosakkan perpaduan serta amat merugika.

Sesi ceramah bermula pada 9.45 malam dan disusuli dengan sesi soal jawab sebelum tamat kira-kira 1 pagi. Hampir 30,000 orang memenuhi bahagian dalam dan luar stadium untuk mengikuti ceramah itu.

Dr Zakir yang pertama kali berkunjung ke Terengganu akan berada di sini selama lima hari dan dijadual menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk  universiti.

Sebelum menceburi bidang dakwah, Dr Zakir yang pernah dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada 2013, terlatih sebagai doktor perubatan.

Terengganu , Dr Zakir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Dilema Ahmad Razif - Istana

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain