suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRN Sarawak: SPR Adakan Mesyuarat Khas Pada Khamis

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada Khamis ini.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat berkenaan akan diadakan di sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

"Mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah itu akan membincangkan mengenai hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan bagi pilihan raya berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi hari ini (Isnin).

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada 31 Mac lalu mengumumkan DUn Sarawak akan dibubar secara rasminya pada 11 April selepas pengumuman tersebut dibuat.

Jelasnya, Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, telah bersetuju bagi pembubaran itu.

Sarawak, SPR

Artikel Lain