suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peguam Negara Perlu Jelaskan Isu OSA - Tun M

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Peguam Negara menberi penjelasan jika tindakan menggelapkan dana awam dianggap sebagai rahsia kerajaan dan ia perlu dilindungi mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Beliau berkata, adalah penting untuk Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk menjelaskan perkara itu kerana beliau yang memutuskan sama ada sesuatu kes itu patut dibicarakan di mahkamah.

"Orang ramai akan lebih faham jika dia menolak laporan Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Juga kenapa dia tidak membenarkan kandungan laporan itu menjadi dokumen awam.

"Malahan, penulis laporan itu juga tidak dibenarkan untuk membicarakan mengenai laporan berkenaan," katanya menerusi blognya chedet.cc, Sabtu.

Dr Mahathir berkata, pihak yang membocorkan dokumen kerajaan berkaitan dasar dan kertas Kabinet telah didakwa mengikut OSA.

Menurutnya, OSA dikuatkuasa untuk menghalang maklumat digunakan individu, syarikat atau kerajaan asing untuk kepentingan mereka.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan bertujuan untuk menyembunyikan kesalahan jenayah.

"Sebarang perlakuan jenayah perlu dilaporkan dan didedahkan oleh sesiapa sahaja yang tahu mengenainya. Perbicaraan jenayah perlu dibenarkan.

"Tetapi pihak Peguam Negara seolah-olah menganggap jenayah yang dilakukan individu dalam kerajaan adalah rahsia kerajaan yang perlu disembunyikan daripada awam. Sesiapa yang melaporkan jenayah itu perlu didakwa kerana menyalahi OSA," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, Peguam Negara sepatutnya menjelaskan perkara ini kepada masyarakat.

Pada masa sama, beliau juga bersetuju dengan gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak diadakan demonstrasi dan kempen mengumpul tandatangan.


Artikel Lain