suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah: Pensyarah Wanita Direman Tiga Hari

SEREMBAN: Seorang pensyarah wanita di sebuah institusi pendidikan guru di sini direman tiga hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan rasuah.

Perintah berkenaan dikeluarkan Majistret Emysuriana Muhammad Subry di Mahkamah Majistret di sini, manakala wanita itu diwakili peguam Datuk Hanif Hassan.

Wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam di sebuah restoran di Sikamat dekat sini.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Rohaizad Yaakob ketika dihubungi berkata tangkapan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain