suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPN Sahkan Rafizi Tidak Digari

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli tidak digari sepanjang tempoh beliau ditahan.

"Hentikan tuduhan," kata Khalid melalui akaun Twitter rasminya @KBAB51 pada Khamis.

Khalid mengulas komen media sosial yang bersimpati dengan Rafizi yang juga naib presiden PKR, apabila hadir di mahkamah dengan tangannya "digari" ke belakang pada Khamis.

Rafizi turut tersenyum sambil berjalan dengan kedua-dua tangan di belakangnya seolah-olah telah digari oleh anggota polis yang mengiringinya dari kenderaan ke bilik mahkamah.

Rafizi ditahan di depan pintu Parlimen pada 6:20 petang Selasa untuk siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berhubung dakwaan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Rafizi kini direman sehingga Jumaat.

Artikel Lain