suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Perempuan Institut Kemahiran Ditahan Dipercayai Edar Dadah

IPOH: Seorang pelajar perempuan Institut Kemahiran Belia Negara di Selangor ditahan di Banding, Gerik bersama seorang lelaki Jumaat lalu kerana dipercayai mengedar dadah.

Penuntut itu berusia 19 tahun sementara lelaki berkenaan berusia 33 tahun yang ditahan kira-kira pukul 7 pagi oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, Asisten Komisioner R. Ravi Chandran berkata pihaknya turut menemui empat bungkusan heroin seberat 1.82 kilogram bernilai kira-kira RM91,085 daripada mereka.

"Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Suspek lelaki merupakan seorang buruh dan berasal dari Pulau Pinang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, Isnin.

Ravi Chandran berkata heroin tersebut boleh dibekalkan kepada lebih 1,000 penagih.-- Bernama

IKBN, Banding, dadah

Artikel Lain