suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Butiran Penjelasan, Dokumen Sokongan Mengenai Aabar Sudah Diserah Kepada Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Isnin menegaskan yang ia sudah pun memberi penjelasan berhubung pembayaran deposit  sebanyak AS$1.4 bilion kepada Aabar Investments PJS Ltd beserta bayaran utama lain oleh syarikat berkenaan.

"Apa yang lebih penting, butiran penjelasan mengenai kesemua pembayaran utama oleh 1MDB dan bukti dokumen sokongan berkaitan, telah diserahkan kepada Ketua Audit Negara," kata syarikat pelaburan strategik itu dalam satu kenyataan, Isnin.

Ia sebagai mengulas dakwaan Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa AS$1.4 bilion itu sebagai satu cubaan melindungi penyelewengan dana oleh 1MDB.


Jelas 1MDB, tujuan pembayaran deposit kepada Aabar itu juga dijelaskan menerusi terma yang terperinci dan telus dalam nota 24 (a), muka surat 96 dalam penyata-penyata kewangan 1MDB bertarikh 31.03.2013 dan nota 23 (a), muka surat 101 penyata-penyata kewangan 1MDB bertarikh 31 Mac, 2014.

Sebagai tambahan, 1MDB turut menjelaskan mengenai semua transaksi utama dilakukannya pada prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), baru-baru ini.

"Pua adalah anggota PAC dan beliau tidak hanya mempunyai maklumat itu, malah berpeluang untuk meminta maklumat lebih lanjut ketika sesi prosiding berkenaan," kata 1MDB.

1MDB, Aabar Investments, Tony Pua

Artikel Lain