suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

LUMUT: Sepasang suami isteri warga Filipina antara 18 warga asing yang ditahan di Taman Samudera, Manjung, dekat sini awal pagi Jumaat dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri.

Semua warga asing itu ditahan dalam operasi bersepadu oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, JPN negeri dan Jabatan Imigresen negeri, bermula pukul 12 tengah malam.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat JPN, Mohamad Yusri Hashim berkata beratus-ratus salinan kad pengenalan dan sijil lahir ditemukan di rumah pasangan itu dipercayai untuk tujuan pemalsuan dokumen pengenalan.

"Kita mengesyaki mereka telah lama terlibat dalam aktiviti pemprosesan kad pengenalan palsu dan satu daripada modus operandi mereka adalah dengan sering bertukar-tukar rumah," katanya kepada pemberita di sini selepas operasi tamat pada kira-kira pukul 7 pagi.

Mohamad Yusri berkata pihaknya akan menyerahkan pasangan berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma) dan Akta Pencegahan Jenayah (Poca).

Katanya pemeriksaan ke atas rumah pasangan tersebut turut menemukan kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) palsu dipercayai diguna untuk mendapatkan pekerjaan di kawasan pelabuhan Lumut.

Sementara itu, warga asing yang lain ditahan mengikut akta Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana memiliki kad pengenalan palsu selain memegang dokumen pengenalan diri orang lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain