suria

13 Suspek Militan IS Ditahan Dalam Serbuan

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 13 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan militan Negara Islam (IS) ditahan dalam satu serbuan pada Rabu, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara menulis di Twitter bahawa suspek ditahan selepas Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman menyerbu sel-sel pengganas berkaitan IS di seluruh negara.

"Syabas Caw Khas E8 @PDRMsia Bukit Aman gempur sel-sel berkaitan IS mulai semalam.


"Tangkap 13 orang dan rampas dokumen-dokumen IS," katanya di laman sosial melalui akaun Twitter @KBAB51 pada Khamis.

Artikel Lain