suria

Serangan Bom Di Brussels: Mrs Malaysia 2014 Dan Anak Lelaki Terselamat

Belinda dan anak lelakinya Shawn terselamat dalam insiden serangan bom di lapangan terbang di Brussels pada Selasa.

PETALING JAYA: Wanita rakyat Malaysia bersama anak lelakinya hanya berada beberapa meter dari lokasi serangan bom di lapangan terbang Zaventem di Brussels.

Mrs Malaysia 2014, Belinda How berkata, beliau dan anak lelakinya, Shawn tidak mengalami sebarang kecederaan dan mencari perlindungan di sebuah hotel di ibu negara Belgium.

Kedua-dua mereka berdiri dekat dengan lokasi kejadian ketika letupan pertama berlaku.

"Kami sedang beratur untuk mendaftar masuk bagasi kami di kaunter Etihad Airways pada kira-kira pukul 7.50 pagi untuk pulang ke Kuala Lumpur semasa terdengar satu bunyi letupan yang kuat.

"Saya tidak pasti sama ada ia adalah bom pada awalnya. Saya kemudiannya menyedari saya dalam bahaya. Saya kemudiannya terdengar bunyi jeritan kuat dari penumpang lain dan terdapat kepulan asal tebal.

"Dinding berhampiran kaunter kemudiannya runtuh. Letupan yang berlaku mengakibatkan runtuhan. Kami tidak terkena serpihan runtuhan. Kami berada kira-kira lima meter," tambahnya.

Mengimbas kembali, beliau berkata, orang ramai di terminal berlari keluar menyelamatkan diri.

How berkata, beliau dan Shawan, seorang anak istimewa turut melarikan diri mencari perlindungan.

"Shawan sedang duduk di lantai semasa kekecohan berlaku. Saya tiada pilihan dengan mengangkatnya dan berlari," katanya.

"Semasa kami bergegas keluar, bom kedua meletup dari dalam terminal," tambahnya.

How berkata, walaupun asal begitu tebal di terminal, beliau dan anak lelakinya berjaya mencari keluar dari lapangan terbang.

Beliau berkata, letupan ketiga berlaku semasa berada di luar.

Letupan berkenaan berlaku di stesen kereta api.

Walaupun bagasi kepunyaan How dan Shawan terpaksa ditinggalkan di terminal, kedua-dua beranak itu bagaimanapun terselamat dalam insiden berkenaan.

Artikel Lain