1MDB Komited Kerjasama Dengan BNM - Semasa | mStar

1MDB Komited Kerjasama Dengan BNM

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) komited untuk meneruskan kerjasamanya dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan akan menyediakan maklumat lanjut yang mungkin diperlukan bank pusat tersebut.

Dalam kenyataan pada Rabu, 1MDB menekankan, ia telah, sejak 12 bulan lepas, memberi kerjasama sepenuhnya setakat mana mungkin terhadap penyiasatan BNM, termasuk menyediakan bukti dokumen jika ada.

Ia mengulas kenyataan yang dibuat Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengenai tindakan pentadbiran yang akan diambil terhadap 1MDB dalam tempoh baki perkhidmatan beliau selama 38 hari lagi dengan bank itu.

"1MDB belum lagi menerima sebarang surat rasmi atau pengesahan dari BNM berhubung perkara berkenaan yang diumumkan Gabenor hari ini.

"Oleh itu kami tidak boleh mengulas lanjut perkara tersebut," menurut 1MDB.

Terdahulu, pada Rabu, 1MDB menyelesaikan penjualan aset globalnya di bawah Edra Global Energy kepada CGN Group.

"Kami percaya pencapaian penting ini dan pengurangan hutang berkaitan tidak akan dibayangi oleh ulasan yang dibuat Gabenor BNM.

"Seterusnya kami menekankan bahawa 1MDB kekal fokus kepada pelan rasionalisasinya, manfaat positif yang diulas oleh agensi penarafan Moody's hari ini," menurut 1MDB.

1MDB

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain