Tiga Hari Suhu 40 Celcius Diisytihar Kawasan Kecemasan Gelombang Haba - Semasa | mStar

Tiga Hari Suhu 40 Celcius Diisytihar Kawasan Kecemasan Gelombang Haba

KUALA LUMPUR: Kawasan yang merekodkan bacaan suhu melebihi 40 Celsius selama tiga hari berturut-turut akan diisytihar sebagai kawasan kecemasan gelombang haba Tahap 3, kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata apabila pengisytiharan itu diumumkan, Jawatankuasa Mengatasi Teknikal El Nino dan Cuaca Kering yang dianggotai pegawai kementerian serta pelbagai agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan berbincang sama ada sekolah akan ditutup.

"Keputusan penutupan sekolah tidak boleh dibuat sebarangan. Hanya dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi dan nasihat Kementerian Kesihatan.

"Data tersebut akan diberi kepada semua jawatankuasa terlibat setiap hari pada pukul 4 petang dan terpulang kepada Kementerian Pendidikan untuk membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan CyberSecurity Malaysia 2015, di sini Selasa.

Dalam pada itu, Madius berkata tiga kawasan yang sebelum ini dilaporkan merekodkan suhu paling tinggi telah mengalami penurunan suhu setakat 4 petang hari ini iaitu Chuping, Perlis mencatat 36.6 Celsius, Alor Setar, Kedah 35.2 Celsius dan Batu Embun, Pahang 36.6 Celsius.

Menyentuh tentang ancaman siber, beliau berkata bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini sebanyak 844 kes pencerobohan siber dan penipuan dicatatkan yang menyaksikan penurunan berbanding 1,201 kes bagi tempoh Januari hingga Februari tahun lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa