suria

Najib Terkejut Serangan Bom Di Brussels

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut dan terperanjat dengan serangan bom di Brussels, ibu negara Belgium, yang mengorbankan 28 nyawa, Selasa.

Beliau berkata serangan itu mengingatkan kepada perlunya negara-negara bersatu dan menentang ancaman ekstremisme.

"Ingatan dan doa seluruh rakyat Malaysia untuk mangsa dan keluarga mereka," kata beliau dalam akaun Facebook dan Twitternya, malam Selasa.

Kementerian Luar, dalam satu kenyataan berkata Kerajaan Malaysia mengutuk keras serangan bom di Brussels itu.

Media tempatan di Belgium melaporkan dua letupan berlaku di dewan berlepas Lapangan Terbang Brussels dan satu letupan di stesen subway metro.

Artikel Sebelum

Artikel Lain