suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerosakan Stereng Punca Kemalangan Di Jalan Abdullah Hukum

KUALA LUMPUR: Kegagalan fungsi stereng menjadi punca kemalangan yang membabitkan sebuah trak pikap dan sebuah kereta di Jalan Abdullah Hukum di sini serta mengakibatkan seorang wakil jualan terkorban.

Dalam kejadian pukul 1.46 petang Selasa, kegagalan stereng pikap terbabit menyebabkan pemandunya hilang kawalan, seterusnya menyaksikan ia 'melompat' ke atas pembahagi jalan.

Trak kemudian jatuh dan melanggar sebuah kereta yang dipandu mangsa Chong Chee Hooi, 49, dari arah depan.

Sebuah lagi kereta gagal berhenti dan merempuh kedua-dua kenderaan itu.

Difahamkan pemandu trak pikap itu dalam perjalanan ke Bangsar bersama dua anaknya pada masa kemalangan.

Chong, yang sedang dalam perjalanan untuk bertemu pelanggan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa lain dilaporkan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP  Markandan Subramaniam berkata, mangsa yang mengalami kerosakan tengkorak yang teruk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

kemalangan, stereng rosak

Artikel Lain