suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jho Low Tidak Ada Dua Kerakyatan - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau dikenali Jho Low tidak mempunyai dua kerakyatan, jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen.

Dalam jawapan bertulis pada Selasa, Menteri Dalam Negeri itu mengesahkan  Jho Low hanya mempunyai pasport Malaysia yang sah, sambil menambah kementeriannya tidak menerima sebarang aduan berhubung isu tersebut.

Dr Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen sama ada Jho Low memiliki pasport Amerika dan jika ada, bolehkah kerajaan membatalkan kerakyatan Malaysia.

"Berdasarkan siasatan oleh kementerian, kami mendapati beliau hanya mempunyai kerakyatan Malaysia yang sah.

"Kementerian tidak menerima sebarang laporan atau aduan dua kerakyatan.

"Kami juga tidak menerima sebarang permohonan daripada beliau untuk melepaskan pasport Malaysia miliknya," kata Dr Ahmad Zahid.

Artikel Berikut

Artikel Lain