suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Rosnah Shirlin Meninggal Dunia

KOTA KINABALU: Ibu kepada Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin meninggal dunia akibat barah hati, petang Selasa.

Rosnah berkata beliau menerima berita itu dua minit selepas ibunya, Saadiah Abd Hamid, 80-an menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.17 petang.

"Semasa arwah meninggal, saya berada di Parlimen. Ibu saya telah lama sakit," katanya.

Rosnah, yang sebak dan sukar menahan kesedihan, menambah beliau akan pulang ke Sabah petang ini.

Saudara terdekat Allahyarhamah, Emnah Md Nor berkata Allahyarhamah menghidap barah hati tahap empat sejak lebih dua bulan lalu.

Beliau berkata Allahyarhamah meninggalkan tujuh anak dan dijangka dikebumikan esok di Papar, kira-kira 50km dari sini.

Artikel Lain