suria

Adenan Mohon Restu Bubar DUN Sarawak

Adenan (tengah) ketika mengumumkan nama bakal calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tellian, Balingian dan Dalat pada pilihan raya negeri ke 11 semasa Program Sejiwa Senada Bahagian Mukah, Sabtu. Calon DUN Tellian ialah Yussibnosh Balo (kiri), Abdul Yakub Arbi (dua kiri) bagi DUN Balingian dan Datuk Fatimah Abdullah (dua kanan), DUN Dalat. Hadir sama Menteri Perumahan dan Pelancongan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (kanan).

LUNDU: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem akan menemui bagi mendapatkan persetujuan berhubung tarikh yang sesuai untuk pembubaran  Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Bagaimanapun, Adenan tidak menyatakan kedua-dua tarikh pertemuan itu dan tarikh yang dicadangkan untuk membubarkan DUN negeri itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu juga mengakui ia akan berlaku dalam masa terdekat.

"Selepas ini, saya akan menghadap Yang Dipertua Negeri (Tun Abdul Taib Mahmud) bagi mendapatkan restu berhubung perkara itu," katanya selepas melancarkan Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) PRN-11 di Dewan Suarah di sini, Ahad.

Sebelum ini, Adenan telah mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tarikh 18 April depan sebagai hari penamaan calon dan 30 April, hari mengundi.

Bagaimanapun, keputusan mengenai tarikh penting itu masih terletak di bawah bidang kuasa SPR.

Menurut Adenan, setakat ini, pihaknya berpuas hati dengan sokongan di peringkat akar umbi dan yakin BN Sarawak akan memperoleh mandat lebih besar pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).


Artikel Sebelum

Artikel Lain