suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Ambil Keterangan Peserta Bantah Papan Tanda Anwar

AMPANG JAYA: Polis mengambil keterangan mereka yang terlibat dalam demonstrasi “Jom Bakar Papan Iklan Selamatkan Anwar" di Ampang, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, AC Hamzah Alias berkata, mereka disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman (2012) kerana gagal memaklumkan pihak polis sebelum demonstrasi diadakan, diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

Semasa bantahan itu, Jamal memberi amaran kepada kerajaan Selangor bahawa kesemua papan tanda berkenaan akan diturunkan atau dibakar.

"Terdapat ratusan papan tanda Anwar di Subang, Klang, Ampang dan Damansara, di mana kosnya boleh mencecah lebih satu juta ringgit.

"Kita mahu tahu siapa yang mempunyai kontrak untuk menggantungkannya dan dari mana dana tersebut diperoleh," kata Jamal.

ACP Hamzah berkata, polis akan mengambil keterangan daripada pihak lain.

"Selain mempersoalkan kedua-dua parti yang terlibat dalam demonstrasi, polis juga akan merakamkan keterangan terhadap mereka yang menaikkan papan tanda dengan elemen yang boleh memudaratkan keselamatan awam," tambah Hamzah.

"Terdapat aspek lain yang kita lihat. Poster-poster ini mungkin mepunyai elemen yang menyentuh sensitiviti kumpulan lain atau menjejaskan keselamatan awam.

"Kita tidak mahu orang ramai berasa "ingin tahu" terhadap poster-poster ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada papan tanda "Selamatkan Anwar", ACP Hamzah berkata "Ya, poster yang anda sebut itu termasuk juga poster-poster lain."

Artikel Berikut

Artikel Lain