suria

Najib Umum RM400,000 Harga Rumah Mampu Milik Pada Bajet 2012 - Guan Eng

Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Harga siling RM400,000 untuk rumah mampu milik telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Dalam Bajet 2012, perdana menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada Mac 2011 untuk memenuhi permintaan rumah bagi mereka yang berpendapatan bawah RM3,000.

"Kandungan itu juga menyatakan bahawa 'untuk menambah baik skim ini, kerajaan bercadang untuk menaikkan had harga rumah dari maksimum RM220,000 kepada RM400,000," katanya pada sidang media di Komtar, Jumaat.

Beliau turut mengedarkan teks Teks ucapan Bajet 2012 yang diumumkan oleh Najib pada 7 Oktober 2011 dan berkata Najib dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang telah menentukan harga siling.

Guan Eng mengulas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa beliau telah berbohong mengenai siapa yang telah menetapkan harga siling.

"Pada hari ini, beliau (Abdul Rahman) cuba menegaskan bahawa kadar itu tidak pernah ditetapkan oleh kerajaan kerana ia adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Beliau juga mengakui bahawa kenyataan saya mengenai Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh perdana menteri menyebut had harga maksimum bagi rumah mampu milik sebanyak RM400,000," katanya.

Abdul Rahman telah menafikan bahawa harga rumah mampu milik telah ditetapkan oleh kerajaan.

Beliau mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang dengan jelas tahu bahawa Perdana Menteri telah meminta semua kerajaan negeri mengkaji semula julat harga rumah supaya harga dapat diseragamkan di seluruh negara semasa mesyuarat pada 21 Oktober 2015.

Artikel Lain