suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Lelaki 10 Tahun Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Miri

MIRI: Seorang budak lelaki berumur 10 tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Jalan Padang Kerbau, Kampung Pujut di sini pada kira-kira 6 pagi Jumaat.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kong berkata, budak lelaki itu dikenali sebagai Mohd Farisikmal Taib dan menurutnya tingkat bawah rumah itu turut dijadikan bengkel membaiki kereta.

"Mangsa dipercayai tidur di tingkat satu dan kemudian lantai runtuh (akibat kebakaran itu), mangsa jatuh ke bawah di ruang tempat letak kereta," katanya kepada pemberita, Jumaat. Poh Kong berkata anggota keluarga mangsa yang terdiri daripada tiga orang dewasa dan seorang kanak-kanak bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Beliau berkata empat buah kereta dan sebuah motosikal turut terbakar dalam kejadian itu.

Katanya anggota bomba tiba ke lokasi kebakaran pada 6.09 pagi dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada 6.27 pagi. 

Punca kejadian sedang disiasat.-- Bernama


Kampung Pujut, Law Poh Kong, Miri

Artikel Lain