suria

Speaker Tak Tahu Tentang Kenyataan 'Subjudis' Azalina

Tan Sri Pandikar Amin Mulia
KUALA LUMPUR: Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau tidak tahu tentang kenyataan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Otman bahawa kerajaan tidak lagi akan menjawab pertanyaan berkaitan derma RM2.6 bilion di Parlimen.

Pandikar berkata demikian selepas pembangkang meminta beliau membuat keputusan yang mengesahkan bahawa soalan mengenai isu kontroversi itu tidak akan dilayan.


"Saya tidak tahu bahawa terdapat kenyataan seperti itu. Saya minta maaf menyatakan perkara ini, tetapi kadang-kadang saya tidak membaca apa yang dilaporkan dalam talian," katanya ketika Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh membangkitkan perkara itu.

Pada Rabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak lagi akan melayan soalan mengenai isu itu kerana ia adalah subjudis apabila Peguam Malaysia telah memohon semakan kehakiman mengenai perkara itu.

Speaker kemudian meminta pembangkang secara rasmi menulis bagi keputusannya.

Gobind memberitahu pemberita bahawa mereka akan menulis surat rasmi itu secepat mungkin.

Beliau berkata, Azalina telah melampaui kedudukan dan kuasa Yang di-Pertua Dewan Rakyat dengan memutuskan bahawa soalan-soalan mengenai isu RM2.6 bilion tidak dibenarkan di Parlimen.

Artikel Lain