suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada Maklumat Baharu Isu Mara Inc - Annuar Musa

PUTRAJAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa mengakui pihaknya mempunyai maklumat terbaharu mengenai kontroversi pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn. Bhd di Melbourne, Australia.

Susulan, beliau tampil ke Ibu Pejabat  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi menyerahkan beberapa maklumat yang dipercayai boleh membantu siasatan mengenainya.

"Selain kerjasama yang kita berikan selama ini, kalau saya merasakan ada info baharu yang boleh membantu, kita wajib sampaikan. Ini proses biasa, kita patut beri kerjasama kepada SPRM.

"Walaupun saya sendiri tak tahu apa perkembangan siasatannya, saya kena serahkan kepada SPRM apabila ada maklumat baharu.

"Saya fikir maklumat ini boleh membantu siasatan. Saya mempunyai tanggungjawab mengenainya," katanya.

SPRM kini sedang menjalankan siasatan berhubung kontroversi pembelian bangunan Dudley International House di Melbourne, Australia, yang didakwa diperoleh pada harga jauh lebih tinggi daripada pasaran.




Artikel Lain