suria

Malaysia Kutuk Serangan Bom Ke Atas Sebuah Bas Di Peshawar

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom ke atas sebuah bas di Peshawar, Pakistan semalam, yang meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.

Dalam kenyataan, Kementerian Luar berkata Malaysia menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Pakistan serta keluarga mereka yang menjadi mangsa dalam serangan itu.

"Malaysia menganggap serangan terbaharu itu sebagai satu tindakan keganasan dan pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.

"Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad akan terus memantau situasi itu dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

Semalam, satu letupan berlaku di dalam sebuah bas yang dinaiki kakitangan kerajaan yang sedang dalam perjalanan dari Mardan ke Peshawar.

Letupan dipercayai berpunca daripada bahan letupan seberat lapan kilogram yang diletakkan di dalam bas terbabit.

Menurut Kementerian Luar, serangan itu turut menyebabkan 53 rakyat negara itu cedera namun sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Peshawar

Artikel Lain