suria

Parlimen Tolak Usul Undi Tak Percaya Peguam Negara

Datuk Seri Dr Wan Azizah
KUALA LUMPUR: Parlimen telah menolak usul pembangkang yang mahu Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali disingkirkan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengemukakan usul itu pada 21 Februari lalu berkata usul itu telah ditolak oleh Speaker dengan alasan 'ia tidak sesuai dengan Perlembagaan'.

"Kami akan mengkaji keputusan itu, sama ada ia ditolak atas dasar itu atau jika ia mempunyai alasan ," kata Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.

Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul Ghani berkata, usul itu dibentangkan kerana mereka telah 'hilang kepercayaan' terhadap Mohamed Apandi berikutan langkah untuk membubarkan pasukan penyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang RM2.6bil didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib, menutup siasatan Bank Negara Malaysia terhadap 1MDB dan dakwaan perlanggaran Seksyen 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menghentikan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai RM2.6 bilion itu.

Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah berkata pembangkang akan mempertimbangkan untuk memfailkan satu lagi usul undi tidak percaya terhadap Najib, tetapi percaya ia tidak mungkin berjaya dilaksanakan.

"Kuasa di tangan mereka," katanya.

"Kita sentiasa boleh mengemukakan usul, tetapi pada masa ini kita memberi tumpuan kepada pilihan raya Sarawak," katanya.

Wan Azizah dan Hee Loy Siang (DAP-Petaling Jaya Selatan) mengemukakan usul tidak percaya terhadap perdana menteri dalam sesi terakhir Parlimen tahun lepas. Loy Siang kemudiannya menarik balik usulnya itu.

Artikel Lain