suria

Shahrir Samad: Najib Cetuskan 'Isu Etika' Terima Derma RM2.6 Bilion

KUALA LUMPUR: 'Isu etika' tercipta apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima derma asing sebanyak RM2.6 bilion, kata Tan Sri Shahrir Samad.

Sehubungan itu Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) dan Ahli Parlimen Johor Baru berkenaan menyokong Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai cadangan mengharamkan pembiayaan politik daripada sumber asing.

Shahrir berkata jawatankuasa yang diketuai Menteri di Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low itu juga perlu melihat ke arah melarang penerimaan faedah bukan kewangan dari negara-negara asing atau organisasi bukan kerajaan dan melihatnya sebagai satu bentuk pembiayaan politik.

"Ia bukan hanya wang, tetapi sokongan material daripada orang asing untuk Ahli-ahli Parlimen kita," katanya sambil menambah bahawa integriti mereka perlu dipelihara.

"Kami perlu menunggu sehingga mereka membawa (cadangan) kepada Parlimen. Saya menyokong tujuan mengenai itu, tetapi saya mahu melihat cadangan berkenaan dengan lebih menyeluruh," katanya.

Berhubung soalan lain ketika diajukan wartawan di lobi Parlimen pada Rabu, Shahrir bersetuju bahawa derma RM2.6 bilion merupakan isu etika.

"Kamu betul dalam erti kata ia menjadi isu etika.

"Dalam kes Najib, sama ada ia adalah sesuatu yang buruk bagi integriti pemimpin adalah tertakluk kepada perdebatan," katanya.

Bagaimanapun Shahrir berkata, sumbangan itu adalah hanya untuk tujuan politik dan Najib telah mengembalikan wang itu kepada penderma terbabit.

Shahrir Samad, RM2.6 Bilion

Artikel Lain