MH370: Serpihan Kedua Akan Dibawa Ke Malaysia - Semasa | mStar

MH370: Serpihan Kedua Akan Dibawa Ke Malaysia

Serpihan kedua yang dipercayai milik MH370 dijumpai di Mozambique. Foto AP

KUALA LUMPUR: Satu lagi serpihan pesawat dipercayai milik MH370 yang dijumpai di Mozambique baru-baru ini akan dibawa ke Malaysia tidak lama lagi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan itu yang kini berada di Afrika Selatan dijangka tiba di sini dalam tempoh seminggu.

Ia merupakan serpihan kedua dipercayai milik pesawat berkenaan, yang ditemui di negara Afrika.

Tiong Lai berkata, dua serpihan tersebut akan dihantar ke Australia untuk pengesahan sama ada ia adalah milik pesawat MH370 yang hilang.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat Boeing 777 itu dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, hanya satu serpihan yang disahkan milik pesawat itu, yang ditemui di Pulau Reunion pada September tahun lalu.

Mozambique , MH370

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan