suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rayuan Permohonan BR1M 2016 Dibuka 15 Mac-15 April

Gambar fail antara penerima baucar BR1M 2016. Foto The Star

PUTRAJAYA: Rayuan bagi pemohon yang gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dibuka mulai Selasa (15 Mac) hingga 15 April ini, kata Menteri Kewangan, Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. 

Beliau berkata, rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat.

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini, katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Husni berkata secara keseluruhan, hampir 7.1 juta permohonan telah diluluskan bagi menerima BR1M 2016.

Ia merangkumi bantuan isi rumah RM1,050 kepada hampir 162,000 penerima, bantuan isi rumah RM1,000 kepada 3.4 juta penerima, bantuan isi rumah RM800 kepada 380,000 penerima dan bantuan individu RM400 kepada 3.2 juta penerima.

Ahmad Husni berkata, penerima sedia ada yang ingin mengemaskini maklumat terkini seperti nombor akaun bank, maklumat waris dan alamat surat menyurat juga boleh berbuat demikian dengan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN, PKH dan UTC yang terdekat dalam tempoh rayuan. - Bernama

BR1M

Artikel Lain