Usah Beban Guru Dengan Kerja Pentadbiran - TPM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata guru-guru di negara ini tidak seharusnya dibebankan dengan kerja pentadbiran, sebaliknya menumpukan usaha ke arah akademik dan kerohanian.

Tegasnya tindakan itu perlu dilakukan untuk memperkasakan guru dalam usaha melahirkan pelajar yang bukan sahaja berpendidikan tinggi, malah mempunyai akhlak dan sahsiah yang tinggi.

Malah Ahmad Zahid berkata perkara itu harus dijadikan keutamaan dalam usaha negara mencapai taraf negara maju seperti dikehendaki Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu 70 peratus daripada rakyat negara ini mempunyai pendidikan sekurang-kurangnya peringkat diploma.

"Tentunya saya setuju jika guru tidak dibebankan dengan kerja pentadbiran, sebaiknya menumpukan kepada aspek akademik dan sahsiah iaitu keperibadian dan kerohanian agar pembangunan seimbang dapat dikeluarkan dalam sistem pendidikan kita.

"Ini kerana dalam bidang pendidikan, prestasi harus juga diukur kepada kestabilan emosi guru-guru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Bola Sepak Piala Timbalan Perdana Menteri dan Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 kawasan Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perkasa di sini Sabtu.

Turut hadir Exco Sumber Manusia, Belia dan Sukan Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya merangkap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan, Pengarah Pendidikan negeri Rozi Puteh Ismail dan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak Sulaiman Samsudin.

Bagi mencapai taraf negara maju seperti yang disasarkan pertubuhan dunia itu, Ahmad Zahid berkata adalah penting bagi memastikan sebahagian besar penduduk negara ini mengembleng tenaga untuk mempunyai sekurang-kurangnya diploma, ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah (PhD).

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh berkata sasaran itu turut meliputi usaha menjadikan golongan muda negara ini bukan sekadar berpelajaran tetapi juga berpendidikan, iaitu seimbang pencapaian fizikal dan rohani.

Dalam majlis berkenaan, seramai 95 pelajar daripada 11 sekolah yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM dalam kawasan itu diraikan.

Mereka yang hadir bersama ibu bapa menerima wang tunai RM500 dan sebuah hamper setiap seorang yang disampaikan Ahmad Zahid.

Timbalan Perdana Menteri juga meluangkan masa membawa jentera bagi merasmikan secara simbolik upacara pecah tanah Dewan Terbuka SMK Seri Perkasa.

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain