Pengambilan Pekerja Asing Baharu Tidak Dibenarkan - Ahmad Zahid - Semasa | mStar

Pengambilan Pekerja Asing Baharu Tidak Dibenarkan - Ahmad Zahid

HUTAN MELINTANG: Kerajaan telah menetapkan tidak akan mengambil pekerja asing baharu untuk dibawa masuk ke negara ini berkuat kuasa serta-merta, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, beliau berkata ketetapan yang dibuat pada mesyuarat Kabinet semalam itu tidak melibatkan sektor pembantu rumah.

Katanya mana-mana majikan yang mahu menggaji pekerja asing hendaklah mengambil pekerja sedia ada di negara ini termasuk mereka yang telah tamat tempoh visa pekerjaan.

"Selain itu, mereka juga boleh mengambil pekerja asing yang tidak berdokumen atau yang tidak didaftarkan di bawah Program 6P (Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin)," katanya.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan watikah pelantikan ketua-ketua kampung kawasan Parlimen Bagan Datoh sesi 2016-2017 di sini Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!