Ketua Puteri Umno Terengganu Ditukar - Semasa | mStar

Ketua Puteri Umno Terengganu Ditukar

Datuk Mas Ermieyati Samsudin
KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno Terengganu, Rozita Ismail akan ditukar dan pelantikan baharu akan diumumkan kemudian, kata Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata mesyuarat pengurusan pergerakan itu pada Isnin lepas telah memutuskan untuk menukar Rozita.

"Bagaimanapun bila ambil kira apa yang berlaku di Terengganu, jadi saya ambil keputusan untuk menangguhkan pelantikan tersebut. Tukar tetap tukar tapi saya tangguhkan dulu sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak," katanya kepada Bernama di sini, malam Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada surat pelantikan Ketua Puteri Umno Bahagian Besut, Erniesalwani Saidi sebagai Ketua Puteri Umno Terengganu baharu yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

Mas Ermieyati berkata pertukaran pucuk pimpinan Puteri Umno negeri adalah perkara biasa dan sudah berlaku sejak zaman kepimpinan terdahulu.

"Diharap mereka akan terus berjiwa besar dan istiqamah dalam perjuangan," katanya.

Sementara itu, di Terengganu, Rozita, yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Hulu Terengganu, berkata beliau dimaklumkan mengenai pertukaran tersebut menerusi panggilan telefon daripada setiausaha Pergerakan Puteri Umno Pusat pada Khamis.

Namun, katanya beliau belum menerima sebarang notis berhubung perkembangan penangguhan pertukaran itu.

"Saya akur dan menerima sebarang keputusan dengan rasa hormat dan saya percaya ia telah ditimbang secara adil dan saksama walau apapun jua sebabnya," katanya ketika dihubungi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain