suria

MIEA Catat Kira-Kira 20 Kes Penipuan Hartanah Sebulan

KUALA LUMPUR: Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) telah meningkatkan kempen mendidik orang ramai mengenai kepentingan menggunakan ejen berdaftar kerana ia mencatat kira-kira 20 kes penipuan hartanah sebulan.

Presidennya, Erick Kho berkata, kebanyakan kes adalah dalam segmen pasaran sekunder.

"Tahun ini, MIEA memperuntukkan kira-kira RM500,000, iaitu jumlah yang sama seperti tahun lepas, untuk kempen mendidik orang ramai mengenai risiko berurusan dengan broker tidak berdaftar," katanya kepada pemberita di Konvensyen Hartanah Tahunan Malaysia di sini, Jumaat.

Institut berkenaan membelanjakan kira-kira RM1 juta pada 2014 bagi tujuan berkenaan. 

Kho berkata, MIEA juga merancang untuk mendaftar kira-kira 3,000 hingga 4,000 broker haram sebagai anggotanya setiap tahun.

Ketika ini ia mempunyai 18,500 ejen berdaftar.-- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain